Asyraf Iskandar.. itulah nama yang diberikan kepada anak kami. Dilahirkan pada 19 Januari 2011 bersamaan 14 Safar 1432, hari Rabu jam 1.35 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur... sehari je sebelum Thaipusam (20 Januari 2011). Selamat anak umi..
Semasa memilih nama, abi dan umi telah menyediakan 2 nama untuk anak kami.. Jika bb yang akan keluar adalah lelaki, kami akan berikannya nama "ASYRAF ISKANDAR" manakala jika sebaliknya perempuan, kami akan menamakannya "DAMIA BALQIS".
Asyraf adalah gabungan daripada nama kami berdua iaitu aSrul dan aZura (aSZra). Asyraf bermaksud yang mulia manakala Iskandar adalah nama bagi seorang raja. Damia pula bermaksud bijak dan Balqis bermaksud nama bagi seorang puteri..
Asyrafi adalah nama panggilan manje untuk anak kesayangan anak umi ni.. the 'only child' setakat ini. membawa maksud "anakku yang mulia"... mudah-mudahan.. amin..
Sepanjang tempoh kehamilan anak umi, Asyrafi tidak banyak menimbulkan kerenah seperti yang dihadapi oleh ibu-ibu mengandung yang lain.. yang mana ibu-ibu akan mengidamkan macam-macam dan akan memeningkan kaum bapa untuk menyediakan makanan yang diidamkan si anak. Anak umi cuma suka makan pisang goreng tanduk dekat Masjid Unta Seksyen 18, Shah Alam. Hari-hari pun umi tak jemu nak makan pisang goreng tu. Yang peliknya, semasa tak mengandung takde plak nak makan sampai hari-hari.. sampai naik bosan abi, opah, atok n mama nak membelikannya untuk anak umi ni.. Kadang-kadang, kalau takde sape yang sudi belikan.. umi sendiri yang akan bawak kereta pergi membelinya sendiri.
No comments:
Post a Comment