My Siblings... Nama saya ASYRAF ISKANDAR.. saya lahir ke dunia sebagai anak umi dan abi saya sebagai anak yang sulung.. sayalah anak sulung, sayalah anak bongsu.. dan saya juga lah anak tunggal buat masa ini (2013)... Walau apa pun, sayalah anak kesayangan abi dan umi. Saya dikategorikan sebagai seorang yang sangat bertuah... kerana apa?? jeng.. jeng.. jeng... kerana saya mempunyai umi saya sebagai ibu kandung, ibu yang melahirkan, ibu yang menyusukan dan ibu yang membesarkan saya.
Bertuahnya saya juga kerana saya mempunyai seorang ibu susuan.. ibu tumpangan untuk saya menumpang kasih... Nama ibu susuan saya HAZWANI FARHANA.. beliau adalah adik umi saya. So, secara automatiknya saya dah dapat seorang kakak dan seorang adik la kan.. hehe. nama kakak susuan saya ni NABIHAH FARHANA (Biha) dan adik saya bernama HARIZ FADLAN (Aisy). Saya dan adik saya sebaya, kami lahir pada 2011.. cuma bezanya saya lahir bulan januari, adik saya bulan mac.. itu saja.
Saya mula menumpang kasih ibu susuan yang juga mama saya semasa saya berusia 61 hari. Nak tau kenapa pada hari ke 61, bukan dari hari pertama saya lahir ke dunia? Ha, begini ceritanya.. saya menyusu dengan umi saya sedari awal lagi tetapi pada masa tuu saya minum susu perahan je.. seingat umi, saya hanya pernah menyusu direct dengan umi sekali sahaja iaitu pada hari ke 30 kalau tak silap. Ni semua kerana umi saya tak mengeluarkan susu yang produktif.. selepas berurut dengan bidan baru la okey..
Oh ya... kenapa plak saya ni dikatakan anak susuan... bukankah anak susuan tu kena menyusu dengan ibu susuannya sekurang-kurangnya 5 kali susuan sehingga kenyang?? Memang betul lah saya ni anak susuan sebab saya ni menyusu dengan ibu susuan saya sedari umur 61 hari hingga umur saya 1 tahun.. dah banyak kali kenyang dah... dan dah lebih dari yang sepatutnya pun.. Tapi selepas mama menyusukan saya, saya dah boleh menyusu terus dengan umi saya.. suatu rahmat buat umi saya...
alhamdulillah. Sehingga kini saya dah 2 tahun lebih masih menyusu dengan umi saya.. Tak payah la umi saya susah-susah lagi nak pamkan susu untuk saya pagi petang siang malam... sian umi saya.
|
ashu - acap - aisy - biha |
Tujuan umi menceritakan kepada saya dan keluarga yang lain adalah untuk
masa depan saya juga di mana dalam Islam juga ada mengatakan
adik-beradik susuan juga sama tarafnya dengan adik-beradik kandung
melainkan dalam soal pembahagian harta pusaka. So, saya kena tau menda
ni, takut-takut saya ter'syok' plak ngan kakak saya bila dah besar
nanti.. kan susah.. mereka tuu adalah mahram saya.. wudhu' pun tak batal..
macam mana nak kahwin.. haram hukumnya....
sumber... http://www.ustaznoramin.com/2010/04/pergaulan-adik-beradik-saudara-susuan.html “Diharamkan
kepada kamu berkahwin Dengan (perempuan-perempuan Yang berikut):
ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan
saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak
saudara kamu Yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu Yang perempuan, dan ibu-ibu kamu Yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu,
dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri Yang Dalam pemuliharaan
kamu dari isteri-isteri Yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum
campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan
mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). dan (haram juga
kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri Yang berasal
dari benih kamu. dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali
(untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali Yang telah berlaku pada masa
Yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.” (An-Nisa : 23)
|
nur dania batrisyia (nia) - nabihah farhana (biha)
hariz fadlan (aisy) - asyraf iskandar (acap) |
Merujuk kepada ayat di atas yang telah
saya boldkan telah menjelaskan dengan jelas sekali bahawa diharamkan
anak susuan mengahwini ibu susuannya atau saudara susuannya, kerana anak
susuan tersebut telah menjadi sebahagian dari keluarga tersebut dan
boleh dikatakan sepertimana anaknya sendiri tetapi binnya tetap berbeza
dari saudara susuannya. Hadis Nabi yang bermaksud :
“Wahai
Rasulullah, tidakkah tuan berkenan (berkahwin) dengan anak perempuan
pamanmu, Hamzah. Dia adalah gadis Quraisy yang paling jelita dan cantik.
Baginda menjawab: Apakah engkau tidak tahu bahawa Hamzah itu adalah
saudara susuanku? Sedangkan Allah S.W.T telah mengharamkan hubungan
berkaitan dengan saudara sesusuan sama seperti hubungan seketurunan
(senasab).” (Hadis riwayat Bukhari)
sumber... http://ustazsyed.blogspot.com/2012/02/hukum-hakam-berkait-anak-angkat.html Imam Bukhari (no 5103) dan Muslim (no
1445) meriwayatkan satu peristiwa yang berlaku kepada Aishah r.a,
katanya “Aflah, saudara lelaki kepada Abu Qu’ais telah meminta izin
untuk masuk ke rumahku lalu aku tidak mengizinkannya sehingga aku
bertanya Rasulullah s.a.w kerana yang menyusukan daku adalah isteri
kepada Abu Qu’ais, bukannya Aflah. Baginda menjawab “Izinkan Aflah
masuk, sesungguhnya ia adalah bapa saudaramu wahai Aishah.”
|
abi (pak long) - umi - biha - ashu |
sumber... http://mysuperkids.net/masalah-susuan-dan-mahram/ Hukum Mahram Antara Susuan (haram bernikah atas sebab susuan)
1. Haram bernikah dengan ibu/bapa susuan.
2. Haram bernikah dengan adik beradik susuan.
3. Haram bernikah dengan adik-beradik kepada ibu bapa susuan.
4. Haram bernikah dengan adik-beradik susuan yang berlainan ibu/bapa.
5. Haram bernikah dengan anak saudara susuan.
6. Haram bernikah dengan anak susuan lain kepada ibu susuan “…Dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu dan saudara kamu yang sesusu…” (4:23)
7. Haram bernikah dengan mentua susuan.
|
adik-beradik susuan |
So, tak yah nak citer pepanjang la yea.. umi saya jer yang boleh menceritakannya bagi pihak saya.. love my mom.. love my dad also.. Ooooppppssss... Asyik cakap pasal saudara susuan saya, lupa plak nak inroduce kan abi dan umi saya.. abi saya namanya ASRUL SANY.. umi saya plak namanya MURNI AZURA.. saya sama macam umi saya.. anak PERTAMA dalam keluarga saya.. I LOVE MY FAMILY... "HOME SWEET HOME".. bebai..