10 September 2013 |
yang tu la aku... walaupun kecik gambarnya... aku sorang je yg perasan... hehe |
Sejarah mula-mula aku posting, aku beserta 174 daripada 200 orang calon berjaya perlu pergi Kursus Pengenalan dan Asas Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 Lantikan Baru (Batch 1) anjuran Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Kursus selama 6 hari bermula 29 September hingga 4 Oktober 2013 di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Jerantut, Pahang.
Selama 6 hari berkursus, kami ternanti-nanti ke mana lah tempat kami posting ni. Keputusan pula hanya diketahui pada hari terakhir kursus iaitu 4 Oktober bersamaan hari Jumaat. Tiba hari dinantikan, aku seramai 174 calon menerima jawapan penempatan dengan penuh debaran. Ada yang gembira dan ada juga yang berduka. Alhamdulillah, aku ditempatkan di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor a.k.a SUK Selangor.
Masa nak balik ni la tercari-cari sapa la yang sama aku posting kat SUK ni.. Cari punya cari jumpa la 2 orang iaitu Erinna dan Haizum. Kami bertiga janji nak lapor diri sama-sama pada Isnin, 6 Oktober. Kami bertiga melapor diri kepada En. Zammidi di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, SUK Selangor. Ingatkan kat sini la kami posting.. Rupa-rupanya bukan... Maka, seminggu gak la pool kat BPSM ni sementara nak tau ke bahagian mana kami ditempatkan selepas ni. Genap seminggu, surat penempatan dikeluarkan. Aku dan Erinna ditempatkan ke PTG (Pejabat Tanah dan Galian Selangor) manakala Haizum ke Perbendaharaan. Maka berpisah la kami.
Aku ingatkan penantian berakhir bila dah tau ditempatkan di PTG. Seminggu lagi la aku dan Erinna pool. Haizum selamat dah dapat terus tempat. Kami berdua je tak tau lagi nak diletakkan di mana. Kena tunggu arahan dari Pengarah PTG Selangor, Dato' K (Kamarulzaman Bin Jamil). Tempat bertugas takde apa pun takde.. Dok la lepak kat library kami berdua ni.
Seminggu lepas tu baru confirm diletakkan di Bahagian Pendaftaran Hakmilik sebagai Pendaftar... K, nanti sambung balik lah... bebai...
No comments:
Post a Comment